Pages

Friday, April 22, 2011

Teman, Ku Mahu Kau Tahu.


Dear Diary


Luahan daripada sekeping hati buat teman sekalian.


Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa 
Solat itu Tiang Agama
Sekali Kau Meninggalkannya
Bertahun tahun kau akan sengsara Di dalam nya
dan ketahuilah, 
ia perkara pertama yg akan dihisab oleh Allah kelak.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa 
Janganlah kau hanya sibuk dengan urusan dunia semata
sehinnga kau lalai kepada kewajiban lain
ketahuilah, masih ada urusan lain 
di Akhirat kelak.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
Walau ada seseorang yang Mencintaimu 
Jangan lupa CintaMu kepada Yang Maha Esa
kerana, 
Keagungan CintaNYA melebihi apa yang si 'dia' ada
Bertemulah kerana NYA dan Berpisahlah kerana NYA.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
Janganlah kau sibuk dengan soalan soalan
dan jawapan  yg ada di dunia sahaja
Sibukkanlah dirimu mencari jawapan di akhirat kelak
Sesungguhnya, soalan soalan akhirat telah kita ketahui 
cuma jawapannya sahaja utk dicari.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
Perut bumi sangat lapar 
utk memamah kita semua
setiap hari, sebanyak 7 kali kita akan dipanggil oleh KUBUR
hanya yg peka akan sedar
Oleh itu. persiapkan lah dirimu dengan sebaiknya.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
tidak ada ruginya bila kau tunduk sujud
dan patuh kepada suruhannya
pasti, kau akan temui NIKMAT yg kau cari.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
masih tidak terlambat 
utk kau mengubah segalaya
ayuh, Kembalilah ke pangkal jalan
jangan sudah terhantuk baru kau nak tergadah
Sesungguhnya, Allah maha pemurah dan pengasih.

p/s: entri niy hanya utk renungan semata-mata, sbg saudara sesama islam, tidak salah utk kita saling ingat mengingati kan ? :)

No comments:

Post a Comment