Pages

Sunday, April 24, 2011

 
Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Kewujudan website dakwah2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Friday, April 22, 2011

Permudahkanlah segalanya Ya Allah. :")


"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Al-Baqarah:  216)



Ya Allah, permudahkanlah segara urusan kami didunia dan diakhirat kelak. Sesungguhnya, kaulah tuhan yang maha pengasih dan maha penyanyang. AMIN.


p/s: setiap yg berlaku pasti ada hikmah. tentukanlah sebaik baiknya jalan utk kami semua . Hanya kau tempat kami berserah. :")

Teman, Ku Mahu Kau Tahu.


Dear Diary


Luahan daripada sekeping hati buat teman sekalian.


Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa 
Solat itu Tiang Agama
Sekali Kau Meninggalkannya
Bertahun tahun kau akan sengsara Di dalam nya
dan ketahuilah, 
ia perkara pertama yg akan dihisab oleh Allah kelak.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa 
Janganlah kau hanya sibuk dengan urusan dunia semata
sehinnga kau lalai kepada kewajiban lain
ketahuilah, masih ada urusan lain 
di Akhirat kelak.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
Walau ada seseorang yang Mencintaimu 
Jangan lupa CintaMu kepada Yang Maha Esa
kerana, 
Keagungan CintaNYA melebihi apa yang si 'dia' ada
Bertemulah kerana NYA dan Berpisahlah kerana NYA.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
Janganlah kau sibuk dengan soalan soalan
dan jawapan  yg ada di dunia sahaja
Sibukkanlah dirimu mencari jawapan di akhirat kelak
Sesungguhnya, soalan soalan akhirat telah kita ketahui 
cuma jawapannya sahaja utk dicari.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
Perut bumi sangat lapar 
utk memamah kita semua
setiap hari, sebanyak 7 kali kita akan dipanggil oleh KUBUR
hanya yg peka akan sedar
Oleh itu. persiapkan lah dirimu dengan sebaiknya.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
tidak ada ruginya bila kau tunduk sujud
dan patuh kepada suruhannya
pasti, kau akan temui NIKMAT yg kau cari.

Teman, Ku mahu kau tahu
bahawa
masih tidak terlambat 
utk kau mengubah segalaya
ayuh, Kembalilah ke pangkal jalan
jangan sudah terhantuk baru kau nak tergadah
Sesungguhnya, Allah maha pemurah dan pengasih.

p/s: entri niy hanya utk renungan semata-mata, sbg saudara sesama islam, tidak salah utk kita saling ingat mengingati kan ? :)